Tujuan
Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).
Asnaf
Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan adalah mengikut kategori berikut:-
- Maksimum kadar elaun RM 500.00 sebulan.
- Kadar yuran adalah mengikut kos yuran pengajian semasa di IPT berkenaan.
Pengecualian Syarat Umum
Boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dengan pengecualian seperti berikut:
- Bukan Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di luar Wilayah Persekutuan.
Syarat Khusus
- Telah mendapat tempat belajar di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).
- Tidak mendapat biasiswa / tajaan / elaun dari mana-mana pihak.
- Semua peringkat kursus yang dilaksanakan di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) adalah layak untuk dipertimbangkan bantuan.
Kaedah Bayaran
Bayaran kepada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).
sumber : https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-pendidikan