Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dengan sukacitanya menjemput pelajar-pelajar dari universiti-universiti terkemuka di Malaysia yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk memohon Anugerah Biasiswa PAM 2024. Biasiswa ini terbuka kepada ahli pelajar PAM yang sedang mengikuti program Senibina PART 2 di Malaysia.
Antara universiti yang layak untuk memohon biasiswa ini termasuk:
- Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu (UTM)
- Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak Alam (UiTM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Taylors University (TU)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- UCSI University Kuala Lumpur (UCSI)
- University Teknologi Sarawak (UTS)
- Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)
- Mana-mana universiti di Malaysia yang diiktiraf oleh LAM
Untuk memohon biasiswa ini, pelajar perlu mengemukakan borang permohonan yang telah disahkan oleh fakulti masing-masing. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meringankan beban kewangan dan fokus sepenuhnya kepada pengajian senibina anda.
Untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan, sila klik pautan berikut: PAM Inovar Scholarship Award 2024.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel di: scholarship@pam.org.my.
Mohon Sekarang! | Untuk Biasiswa Penuh 2024 Klik Sini!
Blog ini memberikan maklumat penting tentang peluang biasiswa yang ditawarkan oleh PAM, lengkap dengan panduan permohonan dan pautan untuk maklumat lanjut.