Tujuan
Membantu asnaf dalam bentuk kewangan untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Asnaf
Fakir, Miskin, Mualaf & Fisabilillah.
Kadar Bantuan
- Dalam Negara
- Program Pra Persediaan (O Level / A Level / matrikulasi / Asasi / Program Pra) : Maksimum RM 1,000.00
- Sijil / Program Profesional : Maksimum RM 2,000.00
- Diploma : Maksimum RM 3,500.00
- Ijazah Pertama : Maksimum RM 5,000.00
- Ijazah Lanjutan (Master) : Maksimum RM6,000.00
- Ijazah Lanjutan (PHD) : Maksimum RM 8,000.00
- Luar Negara
- Ijazah Pertama : Maksimum RM 8, 000.00
- Ijazah Lanjutan : (Master / PhD) Maksimum RM 12, 000.00
- Kursus Intensif Bahasa Arab di Markaz Bahasa, Mesir Maksimum : RM 3, 000.00
- Bantuan maksimum sebanyak RM 2, 000.00 bagi pendapatan yang melebihi had kifayah RM 5, 000.00 sehingga RM 10, 000.00.
Syarat Khusus
- Tempoh pengajian/ kursus yang diambil sekurang-kurangnya 6 bulan sama ada sepenuh masa / separuh masa.
- Tidak mendapat biasiswa/ elaun (bukan berbentuk pinjaman) / tajaan penuh daripada mana-mana pihak.
- Bidang dan institusi / universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.
- Bantuan juga diberikan kepada pelajar / bekas pelajar / pelatih / penghuni di bawah institusi-institusi MAIWP yang dapat menyambung pengajian di universiti dengan mengambilkira had kifayah.
- Kadar bantuan diberikan separuh bagi pengajian bukan sepenuh masa.
- Permohonan daripada penduduk Islam dari Negara minoriti Islam / Negara miskin layak dipertimbangkan sebanyak RM1,000.00 setahun sepertimana berikut:
- Bidang pengajian yang tidak menyalahi syara’;
- IPTA / IPTS dalam Wilayah / luar Wilayah yang ditadbirurus oleh Kerajaan Negeri;
- Tertakluk kepada pengiraan had kifayah;
- Tidak menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
- Permohonan daripada penduduk luar wilayah yang membayar zakat harta kepada PPZ/ MAIWP layak dipertimbangkan seperti berikut :
- Bayaran zakat minimum RM 1, 200.00 setahun kepada MAIWP;
- Bantuan maksimum sebanyak RM 2, 000.00 bagi pendapatan yang tidak melebihi had kifayah RM 5, 000.00;
- Bantuan maksimum sebanyak RM 1, 500.00 bagi pendapatan yang melebihi had kifayah RM 5, 000.00 sehingga RM 10,000.00.
Kaedah Bayaran
Bayaran kepada pelajar.
sumber : https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-pendidikan