Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ketiga pada 23 November 2024, dengan tema “Hala Tuju dan Strategi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025”. Forum ini menampilkan perbincangan strategik mengenai peranan Malaysia dalam memperkukuh kepimpinan ASEAN.
Dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bersama panel jemputan berpengaruh, topik seperti inklusiviti, kemampanan, cabaran global, dan kekuatan ASEAN sebagai blok ekonomi turut dibincangkan.
Inisiatif ini seiring aspirasi Malaysia untuk mengukuhkan pengaruh serantau dan menjadikan ASEAN lebih harmoni dan berdaya saing.
Rujukan : https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/siaran-media-kpt-teruskan-siri-ketiga-forum-ilmuwan-malaysia-madani-fim-bincang-topik-kepengerusian-asean-malaysia-2025